Tonjolkan DIRIMU yang konfien dengan menggayakan BUSANA yang sesuai dengan tubuh badan. Percayalah, ia akan mengubah HIDUP kamu...!!!!
BENTUK EPAL
kurangkan perhatian dibahagian tengah tubuh dengan memakai V-neck empire top yang akan menonjolkan bahagian atas tubuh kamu. Ada kaki menawan? tonjolkan mereka dengan skirt pendek atau seluar panjang bersama kasut tumit tinggi.
BENTUK PEAR
Kecikkan bahagian bawah tubuh dengan seluar rona gelap serta baju rona cerah. Seluar dengan potongan penuh di kaki akan sembunyikan bahagian tubuh yang menonjol. Gayakan stail ini bersama jaket atau baju dengan structured shoulder.
BENTUK PEMBARIS
Untuk memberi bentuk kepada tubuhmu yang lurus, kenakan tali pinggang rona gelap atau gayakan ruched top untuk memberi ilusi "penuh" di dada. Kamu juga boleh lapiskan jaket kecil dengan baju panjang untuk menyerlahkan kesan dimensi.
BENTUK HOURGLASS
Tonjol pinggang yang ramping dengan fitted top. Dress A-line juga akan tarik tumpuan ke pinggangmu, bukan di bahagian lain.
Badan yang berbagai bentuk dapat ditonjolkan dan menjadi menarik dengan pemakaian yang bersesuaian dan menarik.