ini membuktikan bahawa allah swt itu maha pengasih dan maha penyanyang kepada hamba-hambanya. sesungguhnya nikmat allah amat banyak dan kita tidak akan mampu menghitungnya.
ini sebagaimana firman allah swt berfirman yang bermaksud:
dan jika kamu menghitung nikmat allah yang dilimpahkan kepada kamu,
tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu:
sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha mengasihani (an-nahl:18)
bagaimanapun semua kenikmatan itu tidak akan mendatangkan faedah jika kita tidak memanfaatkan atau menggunakan nikmat tersebut dengan baik dan bijak.
antara nikmat yang selalu dilupakan oleh segenlintir manusia yang lalai ialah
nikmat umur , nikmat sihat , nikmat kekayaan , nikmat masa, nikmat hidup dan sebagainya.
sebab itu rasulullah saw telah mengingatkan dalam sebuah hadis bermaksud: rasulullah saw bersabda kepada seorang lelaki dan baginda menasihatnya:
" rebutlah lima perkara sebelum kamu didatangai oleh lima perkara yang lain.
MASA MUDA SEBELUM TUA
MASA SIHAT SEBELUM SAKIT
MASA KAYA SEBELUM FAKIR
MASA LAPANG SEBELUM SIBUK
MASA HIDUP SEBELUM MATI
dalam hadis ini jelas mengingatkan kepada kita supaya tidak mensia-siakan nikmat yang telah diberikan kepada kita.
manfaatkanlah setiap nikmat yang allah swt pinjamkan itu agar kita menjadi orang yang beriman dan bertakwa. ini kerana jika allah menarik balik nikmat tersebut, maka pada ketika itu kita akan menjadi orang yang rugi dan menyesal.
dalam kita memperkatakan tentang nikmat umur, kita sering menghitung umur yang ada pada setiap tahun, tetapi sedarkah kita bahawa apabila umur itu semakin bertambah, maka semakin dekatlah pula kita kepada AJAL.
kita hendaklah bersyuukur jika kita masih dikurniakan nikmat umur yang panjang kerana masih diberi peluang beribadat dan berbakti kepada agama, ibu bapa, keluarga masyarakat, raya dan negara.
rasulullah saw berdabada bermaksudnya: " dari Abdul Rahman bin Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki telah berkata: wahai rasulullah siapakah sebaik-baik manusia? rasulullah bersabda:
sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umurnya itu dipergunakan untuk memebuat kebajikan.
sebagai umat islam kita telah mengetahui dengan yakin bahawa segala perbuatan yang kita lakukan di dunia ini akan diperhitungkan di hari kiamat kelak. pada ketika itu seluruh anggota menjadi saksi dan berkata-kata terhadap apa yang kita lakukan.
antara perkara yang ditanya pada hari kiamat kelak ialah
" bagaimana kita memanfaatkan umur semasa hayat kita di dunia,
sebagaimana tersebut di dalam hadis yang bermaksud:
" telah bersabda rasulullah saw :
" tidak berganjak kedua belah kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga dia disoal tetang umurnya di mana dihabiskan, tentang ilmunya untuk apakah digunakan, tentang harta bendanya dari manakah diperolehi dan ke mana di belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah dia menggunakan kemudaan dan kecergasannya
(riwayat Tirmizi dan Abi Barzah Aslami)
Jangan tunggu usia sudah lanjut, baru hendak beramal, baru hidup beribadat kerana kita tidak tahu bila ajal akan datang.