Sunday, 20 March 2011

Langkah-Langkah penjagaan kulit bagi remaja

1. membersihkan kulit dengan:
  •    mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak.
  •    sabun tidak memudaratkan tetapi penggunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.
  •    penggunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering.
  •    guna sabun/pencuci yang lembut jika anda mempunyai kulit kering.
  •    bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang  mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit.

2. Gunakan pelembap selepas mandi.
  •    pelembap membantu mengekalkan kelembutan kulit.
  •    mingayk bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit yang kering
  •    bagi kulit berminyak, tidak pelu menggunakan pelembap.

3. gunakan toner
  •    toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. ia akan membuat kulit menjadi kering serta mengecutkannya.

4. Gunakan bahan pelembap mata di sekeliling kelopak mata.
  •    ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif.

5. Lindungi kulit daripada cahaya matahari
  •    kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepaeda cahaya matahari. guna krim pelindung matahari bila  perlu.
  •   pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang.

6. bersenam
  •    bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit.
  •    ia juga mengekalkan kesihatan kulit.

7. amalkan memakan makanan:
  •    seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral.
  •    sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin

8. tidak merokok
  •    bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut.
  •    boleh menyebabkan kanser.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...