...... Tudung Awning ......
* Awningnya yang keras membolehkan bentuk muka yang bulat nampak sedikit bujur.
* Tudung paling ringkas untuk dipakai kerana hanya perlu disarung ke kepala sahaja.
* Aksesori tambahan seperti Kerongsang yang menyerlah akan menghasilkan gaya yang elegan.
..... Tudung Syria ..........
# Mempunyai fabrik yang sejuk dan amat sesuai dipakai di negara yang beriklim panas.
# Mudah dijaga, dipakai dan dibentuk serta warnanya tidak mudah luntur.
# Sesuai dipakai apabila menaiki motosikal.
# Kebanyakkannya jenis yang bergetah dan sesuai dipakai dalam apa-apa jua majlis
...... Selendang .....
^ Terdapat pelbagai corak yang menarik dan warna-warna yang memikat hati si pemakai.
^ Cara pemakaian yang lebih kemas dan rapi.
^ Boleh digayakan dalam pelbagai bentuk mengikut keinginan dan keselesaan si pemakai. perbezaan bentuk dapat di lihat dari segi lilitan, jalinan, kuntuman bunga dan kekretifan idea.
^ Sesuai dipakai samaada di kuliah mahupun di tempat kerja.
........ Tudung Bawal ..........
~ Dihasilkan dari kain jenis "voile" ataupun kain kapas yang nipis dan lembut. Ini menjadikan tudung bawal senang diurus dan dibentuk dengan kemas.
~ Tudung yang berkualiti kerana walaupun dicuci banyak kali, tudung ini tidak berbulu dan tidak mudah rosak.
~ Tampak menarik apabila di tambah dengan hiasan sulaman atau batu-batu permata yang menarik.
~ Tudung yang menjadi pilihan si pemakai terutama menghadiri majlis kenduri-kendara mahupun ke kuliah kerana ia mudah dipadankan dengan semua jenis pakaian.
No comments:
Post a Comment