Wednesday, 23 March 2011

..... perCINTAan... "restu ibu bapa membawa berkat" .....

walaupun restu ibu bapa tidak termasuk dalam rukun nikah yang wajib tetapi tidakkah kamu berfikir bahawa restu ibu bapa kamu merupakan restu dari Allah juga. apabila mereka merestui hubungan kamu dan pasangan, sudah tentu kamu adalah orang yang paling bahagia kerana segalanya berjalan lancar sebelum kamu mengambil langkah lebih serius. mari kita lihat apakah tip-tip yang boleh kamu lakukan untuk menakluk hati orang tua kamu agar menerima si dia seadanya:

     1. Komunikasi
          perkara paling penting sebelum membawa bakal suami berjumpa dengan ibu bapa kamu, pastikan dia pandai berinteraksi dengan orang tua seperti bersalam, mengucup tangan, melebarkan senyuman, dan pulang ke rumah dengan cara yang penuh kesopanan. perilaku sebegini boleh memperlihatkan bahawa si dia merupakan calon yang tepat untuk dijadikan menantu kelak.

     2. Pelajari Situasi
          Berikan masa untuk kedua-dua ibu bapa kamu menerima kehadiran orang baru dalam hidup anak mereka. jangan memaksa dan mendesak mereka menerima buah hati kamu kerana mereka memerlukan masa untuk berfikir dan membuat keputusan yang terbaik untuk kamu.

     3. Menjaga adab
           Jangan membenarkan bakal suami kamu selalu bertandang ke rumah walaupun ahli keluarga kamu berada di rumah kerana ia boleh menimbulkan keadaan "kurang manis" terutamanya kepada mereka yang melihat kelakuan kamu berdua di luar rumah. Kedua-dua ibu bapa kamu juga akan merasa meluat dan timbul perasaan buruk sangka mengenai buah hati kamu.

     4. Ingin Tahu
          Apabila ibu bapa kamu tidak merestui hubungan cinta kamu berdua, carilah jalan penyelesaiannya iaitu bertanyakan kepada orang tua kamu apakah sebab mereka tidak menyukai bakal suami kamu itu? selepas mengetahui puncanya, kamu boleh berusaha bersama-samanya perlahan-lahan untuk mengambil hati kedua-dua orang tua kamu.

     5. Minta Sokongan
          Akhir sekali, minta pendapat dan pandangan daripada rakan-rakan yang rapat dengan kamu dan si dia untuk mengetahui adakah keputusan kamu untk meneruskan hubungan yang serius dengan si dia adakah langkah yang betul. kamu juga boleh meminta mereka menerangkan situasi yang sebenar tentang hubungan kamu dengna si dia kepada ibu bapa kamu.

      6. Solat Istikharah
          Ini merupakan perkara yang wajib dilakukan apabila kamu berasa ragu-ragu dengan keputusan yang ingin kamu lakukan. pastikan keputusan kamu itu akan membawa kebaikan baik untuk diri mahu pun keluarga kedua-dua belah pihak. jika ibu bapa kamu masih tidak  boleh menerima si dia, berdoalah agar pintu hati kedua-dua ibu bapa kamu dibuka untuk menerima si dia.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...