Wednesday, 23 March 2011

Baik @ Buruk setiap perLAKUAN anak kita ....

                                                      1. Suka memanjat
     Buruk:  Mungkin terjatuh atau terseliuh menyebabkan anak mengalami kesakitan akibat kecederaan yang dialaminya.
     Baik:  Perkembangan motor kasarnya dapat berkembang dengan baik apabila suka memanjat seta naluri ingin tahu dalam dirinya telah berkembang dengan baik. anak-anak yang selalu disekat kebebasannya akan kurang cergas dan kurang semangat untuk bersaing.





2.  Suka menconteng dinding

     Buruk: Tidak mengetahui tempat yang betul untuk melulis iaitu pada kertas lukisan atau pada buku putih.
     Baik:  Anak yang dikatakan mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan kreatif serta berani untuk meluahkan apa yang terlintas di mindanya.

3. Suka melompat di atas katil
     Buruk:  Menyepahkan katil dan mungkin boleh menyebabkan kecederaan jika anak tidak dapat mengimbangi diri atau jatuh dari katil ketika melompat.
     Baik:  Menunjukkan kemahiran fizikalnya semakin meningkat apabila boleh melakukan sesuatu aktiviti fizikal yang dapat mengimbangi dirinya selagi tidak berlaku kecederaan.

4.  Main gunting atau benda tajam.
     Buruk:  "Nanti jari adik luka!" " Habis kertas bersepah-sepah!" " Rosak kain langsir mama, adik gunting!"
     Baik:  Menguatkan otot telapak tangan kerana melakukan genggaman. juga meningkatkan koordinasi mata dan tangan kerana perlu benar-benar menumpukan perhatian dengan kerja yang dilakukannya. Berikan dia gunting atau pisau plastik mainan dan jangan sepahkan peralatan tajam hingga mudah untuk dia mencapainya.

5.  Suka mencubit dan menggigit
     Buruk: Mampu mencederakan orang lain, mengundang rasa marah dan tindak balas daripada orang lain.
     Baik: Anak anda mengenali kekuatan mereka dan melepaskan emosi yang terpendam. ia juga memberi peluang kepada mereka untuk melihat emosi peribadi orang lain.

6.  Suka mengamuk di khalayak ramai
     Buruk: Berguling-guling atau menangis sehingga mengotorkan baju dan mengganggu orang sekelilingnya.
     Baik: Memberitahu sesuatu kerana faktor lapar, bosan, letih, marah, cemas, sakit atau bimbang dengan sekitarnya.

7.  Suka sepahkan barang permainan
     Buruk: kawasan bermainnya bersepah dan menunjukkan sikap yang tidak berdisiplin pada si kecil
     Baik: Boleh mengajarnya cara menyimpan barang mainannya dengan kemas ke dalam kotak penyimpanan. sekali gus, mengajarnya mengenai aspek kebersihan kerapian. anda boleh menyemak juga keseluruhan rumah anda, mungkin sama juga seperti dia. itu tandanya anda perlu mengemas agar dia terbiasa dengan persekitaran yang bersih.





tips mudah:

1. Peringkat umur 1 hingga 4 tahun adalah usia penerokaan iaitu mengetahui, mencuba dan merasa.
2. Tenang hadapi kerenah anak yang sentiasa menunjukkan pelbagai ragam di luar dugaan.
3. Ketahuilah bahawa anak juga mempunyai hak untuk menunjukkan kemahuannya.
4. Berikan pujian setelah dia menunjukkan tingkah laku yang baik.
5. Ceritalah kisah-kisah teladan yang boleh menjadi contoh yang baik kepada si kecil anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...